Wednesday, February 16, 2011

Sambutan Maulid Al-Rasul 1432H/2011

Salam,

Ahad 13hb Februari 2011 yang lalu telah berlangsung program sambutan Maulid Al-Rasul SAW peringkat Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua.

Program dimulakan sejurus selepas solat maghrib berjemaah selesai dilaksanakan dan dimulakan dengan aluan dari pengerusi majlis yang juga merupakan Setiausaha Masjid iaitu Tuan Haji Fahmi Hasanuddin.

Para jemaah berkesempatan mengalunkan selawat beramai-ramai sebelum majlis ilmu yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Nasarudin Ali, penceramah jemputan dari Negeri Sembilan memulakan ceramahnya. Ceramah disampaikan Al-Fadhil Ustaz cukup tenang dan penuh dengan mesejnya walaupun berloghatkan 'negoghi'.

Sedutan kuliah dan foto seperti berikut:













Tuan Haji Fahmi selaku pengerusi majlis mengalu-alukan para jemaah yang hadir


Al-Fadhil Ustaz memimpin bacaan selawat


Sebahagian pimpinan masjid yang bersama meraikan majlis ilmu


Al-Fadhil Ustaz Nasiruddin Ali








Antara para jemaah yang berada di luar dewan kuliah tetap menikmati santapan rohani


Turut hadir, Sdr Mohamad Jan Sulong Penyelaras DUN Dusun Tua


S/usaha JKKK Batu 16 Sdr Ahmad Kamal dan Pengerusi JKKK Batu 17 Haji Shaharani Shuaib


Para jemaah menikmati santapan fizikal


Para pimpinan Masjid dan Masyarakat meraikan Al-Fadhil Ustaz..

Semoga semangat kelahiran Nabi SAW yang diutus Allah untuk menyempurnakan agama-NYA dan melengkapkan tegaknya seluruh syariat Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dapat kita sambung dan laksanakan...

Tegaknya Negara Islam di Madinah - maka kita sambung di zaman kita
Seluruh hukum Al-Quran dilaksanakan - bukan sekadar dijadikan bahan bacaan dan dipertandingkan sahaja
Sunnah Nabi diikuti - bukan diperlawak dan diperlekehkan seperti wujudnya dakwaan sunnah dan ajaran Nabi tidak sesuai di zaman ini...

Berusahalah menepati 100% ajaran Nabi SAW kalau benar kita sayang dan cinta Nabi...

Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kumpulan ini Amin...

Tuesday, February 8, 2011

Ceramah Perdana Maulid Al-Rasul 1432H/2011

Salam,

Bersempena dengan kehadiran ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, maka Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua akan menganjurkan majlis ceramah perdana. Oleh itu, warga jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua juga ingin menjemput semua ke majlis ilmu ini. Segala butiran boleh dirujuk melalui paparan iklan ini:



Besarlah harapan pihak kami agar sahabat-sahabat warga jemaah kariah dapat hadir beramaia-ramai seisi family mendapatkan info terkini dan mutiara ilmu perkongsian dari ulama' dan ilmuan faqih.

Salam Maulidurrasul SAW. Sallu 'alaih... Sallu 'alaihi wa sallimu taslima...