Salam...
insya Allah ini merupakan program kedua masjid yang perdana tahun ini dan mungkin melengkapi taqwim 1430H. Selepas warm up tumbang lembu dan kambing program jubli perak April lalu, kali ini tiba saat program yang seingat saya telah sepi lebih 11 tahun yang lalu kemudian dibugarkan semula pada tahun ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan pengarahan dan pengelolaan yang baik diketuai oleh Tuan Haji Abdul Aziz yang juga merupakan Imam III masjid begitu juga lain-lain tenaga AJK masjid ini.



Sekitar persiapan awal, Siak II masjid Sdr Lukman dan teman-teman menguruskan kerja-kerja menaikkan kanopi yang penuh di halaman masjid. hebat.. hebat..


Lembu pertama pemberian Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), untuk makan tengahari petugas... Sistem transit aliran mudah digunakan dengan mudah...


Lembu-lembu korban sebanyak 20 ekor yang bakal ditumbang, disembelih dan dilapah secara berhemah, walaupun para petugas nampak brutal tapi sopan...




Pengarah Program, Tuan Haji Abdul Aziz dan semua para petugas yang sedang bersiap sedia membanting tulang menyempurnakan amanah para peserta korban



Kerja-kerja meumbang dan menyembelih bermula dan pembuka tirai menyembelih oleh Pengarah program sendiri...




Sebahagian dari tenaga-tenaga jihad yang bertugas dan alhamdulillah didominasi oleh tenaga muda dan bantuan pengalaman dan kepakaran tenaga orang lama...





Suasana gotong-royong melapah di masjid dan persiapan kaum Muslimat menyediakan juadah untuk petugas... Sup memang power!

Ketua kampung Batu 17 Dusun Tua

Ketua Kampung Batu 16, Sdr En. Ghazali Md Sair dan mantan Ketua kampung...

YB Dr Che Rosli, Ahli parlimen Hulu Langat turut memeriahkan majlis...

Turut hadir memeriahkan, YB Tuan Ismail Sani ADUN Dusun Tua



Tuan Nazir masjid mengiringi kepulangan kedua-dua Wakil rakyat

Pemuda dari Batu 17 dan Kg Paya Seberang, Sdr Fadzli (Enoi) dan Amy (lupa nama penuh)...

Wakil Taman Sentosa Sdr Kamal

Tuan Haji Mansur (DHidayah)








Barisan AJK Masjid dan para petugas yang lain...
Nak tengok kerja-kerja membelah kepala dan proses mendapatkan otak lembu? jom tengok...








Tu dia, macam kupas kelapa... penuh skil dan kemahiran untuk dapatkan menu yang lazat...

Rileks kejap, flat jugak...

Dah siap nak edar..



Alhamdulillah selesai, pekena aiskrim yang dibelanja oleh Pengarah program...
Cikgu Suhaimi, tersandar... penat tu ketua pengagihan daging bagi para petugas, well done! juga untuk yang lain-lain...






Sebelum lupa, kerja-kerja pembersihan Medan 'Badar', Alhamdulillah clear semuanya...
Juga pihak Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dari awal hingga sempurnanya kerja-kerja gotong-royong korban perdana 1430H kali ini, mudah-mudahan akan terus mengerat ukhuwwah persaudaraan sesama kita ahli kariah Dusun Tua...
Kita tunggu tahun depan insya Allah...