Salam,
Sekian lama Blog Masjid ini tidak
'diupdatekan'. Walaubagaimanapun, beberapa program lalu yang agak besar di Masjid ini cuba saya ketengahkan berita dan paparannya. Semoga rakan-rakan tetap setia bersama perkembangan berita dalam Blog ini.
Rabi'ul Awwal yang lalu masjid telah mengadakan program ceramah perdana sempena Hari Kebesaran Islam Maulidur-Rasul 1431H. Penceramah undangan Ustaz Fairuz Abdul Talib anakanda kepada Mantan Imam Masjid Al-Muttaqin Ustaz Abdul Talib yang juga merupakan Pensyarah Bahasa Arab UIAM.
Kupasan ceramah berkisar tentang isu-isu semasa yang berkait rapat dengan perjuangan Nabi SAW yang perlu diteruskan oleh ummah. Seluruh umat Nabi SAW digesa untuk memperkaskan usaha memantapkan iman, aqidah dan ilmu agar mampu 'survive' dalam dunia dakwah dan perjuangan yang menuntut 1001 kesabaran dan kemahiran dalam usaha memenangkan diri kita dan Islam umumnya dunia akhirat.
Majlis juga diserikan dengan anugerah khas Maulidur-Rasul peringkat Masjid yang telah diberikan kepada 'orang-orang lama' masjid yang istiqamah bersama mengimarah pengisian masjid. Anugerah disampaikan oleh Tuan Haji Zainuddin yang juga Nazir Masjid.


Antara penerima anugerah Maulidur-Rasul Masjid Al-Muttaqin Dusun Tua.
Panel pemilihan memaklumkan, kriteria penerima antaranya istiqamah hadir mengimarahkan solat jemaah dan program seperti kuliah-kuliah dan lain-lain program.





Antara sahabat-sahabat Muda Masjid yang turut bersama mengimarah program. Tahniah dan semoga menjadi pelapis pendakwah di Masjid ini insya Allah.


Kami merinduimu Ya Rasullallah... tanamkan cinta kami sebulatnya kepada kekasihMU ya Allah dan jadikan kami penerus perjuangan Nabi SAW hingga kami berjaya mendapat anugerah syahid dariMU Ya Allah...