Sunday, May 31, 2009

Diskusi Perdana Biro Pemuda Masjid bersama MEL

* Ihsan blog mtddusuntua:

Alhamdulillah, walau agak sederhana sahaja namun inilah sedikit sebanyak ikhtiar awal Biro Pemuda untuk melebarkan usaha dakwah kepada golongan pemuda khasnya di Kampung Dusun Tua ini. Program Diskusi Perdana bersama bekas Vokalis Wings ini dianjurkan oleh Biro Pemuda Masjid bersempena sambutan Hari Belia Negara 15 Mei 2009 yang lalu.

Kehadiran Sdr. MEL dalam program ini rupa-rupanya membekalkan info yang beliau juga merupakan kali pertama menjayakan program seumpama ini. Maknyanya Biro Pemuda merintis usaha dakwah di kalangan penggiat seni yang mula berkecimpung di alam seni dakwah pula.

Paling terima kasih kepada petugas-petugas yang telah menjayakan program ini termasuklah Abg Rahim (SABIL - Darul Hidayah) ini kira orang besi DUN Dusun Tua, tak percaya!? kenal-kenallah dengan manusia yang tidak kenal erti letih dalam meninggikan agama Allah ini walau sekadar melalui sumbangan tenaga empat keratnya. Then tak lupa, Abg Ayem (Ibrahim Osman), Abang Lukman dan juga Ketua Biro Pemuda yang juga tidak kurang hebatnya dalam menggalakkan serta menggerakkan sehingga berjayanya program ini iaitu Kekanda Odeng, (Abg Rosli). Juga kepada semua pihak termasuk AJK Masjid yang diketuai Tuan Nazir yang juga memberikan sokongan padu sehinggalah kepada kelulusan belanjawan program. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.

Mel bersama Wings yang tinggal sebagai sejarah...... suka dan duka.



Apa-apa hal ceramah dulu..... Cerita kisah suka duka perjalan hidup Mel untuk pengajaran dan iktibar anak muda dan ibu bapa.



Tok ketua pun nak bergambar juga.



Vocal masih mantap.



Penuh penghayatan... walaupun sesekali hilang lirik.



Kini hidup lebih tenang dan berjuang untuk memdekatkan anak muda dengan Islam.



Keluarga tersayang pun ada bersama.



Sebahagian yang bersama diperkarangan Masjid Dusun Tua.



Tak lepas peluang bergambar.



Yang lain pun nak tumpang sama.....





Sokongan padu dari teman-teman pemuda.

* Walaupun senyuman tak seceria pasal kemaraan di pertandingan 9 sebelah Pesta Sukan IKBN tersekat dipertengahan jalan. Insya Allah barisan pemain cuba lagi dalam pertandingan yang lain pula.

Posted by JMA@Tekali at 8:33 AM 0 comments

Kuliah Maghrib - Ustaz Taib Azamuddin

Sekitar program kuliah Ahad 24hb Mei 2009 yang lalu oleh YB Ustaz Taib Azamuddin yang juga merupakan mantan Imam Masjid Negara. Juga merupakan Ahli Parlimen Baling.

Pesanan ahli sufi kepada ingatan persiapan bekalan menuju Akhirat ditekankan di sampaing kaitan dengan isu-isu semasa.

Selain bertazkirah panjang (kuliah tamat jam 9.30 malam) dan dalam keadaan ahli jemaah setia mendengar dan menunggu ke akhirnya Ustaz turut mengadakan jualan amal produk muslim Baling sambil membeli barangan halal sambil membantu golongan miskin di Baling. Jualan barangan buatan muslim yang tidak kurang mutunya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Foto-foto diambil dalam keadaan kamera saya sudah 'cedera'. Minta kamera baru le tu..











Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak

*ahlussufi*

Wednesday, May 27, 2009

Kemuncak sambutan Jubli Perak

Salam...

Boleh jadi masih ada yang keliru antara Masjid al-Muttaqin yang berusia 25 tahun ini dengan Masjid Qaryah Dusun Tua yang dibina sejak 1939 yang lalu...

* saya masih cuba usahakan untuk paparkan gambar masjid qaryah yang lama dan insya Allah tayangan versi multimedia juga akan diselitkan sekali, namun mohon izin sedikit masa ya...


(1) Program bermula seawal 7.30 pagi dengan aktiviti sembelih lembu dan melapah
























(2) Pemeriksaan kesihatan












(3) Ceramah perdana dan tayangan multimedia 25 tahun masjid Dusun Tua


































Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik,
kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai
hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat
mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama
pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi


*ahlussufi*

Tahlil Perdana sempena Jubli Perak 25 Tahun Masjid Al-Muttaqin Dusun Tua

Sekitar program Tahlil Perdana sempena Jubli Perak Masjid. Program yang agak besar ini berlangsung pada Hari Khamis 22hb April yang lalu bagi mengenang perjuangan para pejuang silam masjid ini. Tahlil diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Tamsir yang juga merupakan Imam Masjid.

Turut hadir Sdr. Mohd Jan Sulong, pegawai khas Ahli Parlimen Hulu Langat merangkap Ahli Majlis MPKj zon 1 & 3 serta Sdr. Mohd Sany Hamzan Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua JPD.

Program diakhiri dengan jamuan dan turut ditayangkan secara tayangan slide nama-nama untuk ditahlilkan .

Kepada para penyumbang dan yang terlibat pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih Jazakallahu Khairan Kathira...



















* ahlussufi *