Friday, November 19, 2010

Masjid Dusun Tua (2010 - Korban) Sembelihan korban.AVI

Korban Perdana 1431H/2010 Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua

Walaupun Masjid menerima berita sedih pemergian Almarhumah Bonda kepada Tuan Haji Fahmi Hasanuddin (Setiausaha Masjid) namun program yang dirancang tetap dijalankan. mereka yang berkenaan diamanahkan untuk menguruskan jenazah sehingga selesai.

Program Korban Perdana yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Aziz (Imam III) Masjid berlangsung seawal 7.00 pagi dengan 2 ekor pertema ditumbangkan di perkarangan masjid untuk Aqiqah dan jamuan para petugas.

Kira-kira jam 8.00 pagi gerak kerja menumbang dan melapah lembu telah bermula di lokai yang ditetapkan. sebanyak 19 ekor semuanya telah berjaya ditumbangkan dengan kerjasama semua pihak. Walaupun program dijalankan pada hari bukan cuti umum, namun kehadiran warga Kariah Dusun Tua meliputi Batu 17, 16 dan 15 telah hadir menyempurnakan amanah ini.

Turut memeriahkan program iaitu YB Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) dan Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN JPD Dusun Tua).

Kira-kira jam 12.00 tengah hari para petugas gotong-royong disajikan dengan sup panas dan gulai lemak daging yang sangat membangkitkan selera. Jamuan petugas disediakan oleh pihak Muslimat Masjid yang turut tidak ketinggalan menyumbang tenaga dalam menjayakan program Korban Perdana kali ini. Program selesai kira-kira jam 2.30 petang.

Pada malamnya pula pihak masjid mengadakan tahlil almarhum dan jamuan khas untuk Almarhumah Bonda Setiausaha Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua.

Kepada semua penyumbang material, tenaga dan yang sanggup mengorbankan masa dan cuti kerja serta apa saja dalam menyempurnakan program ini, pihak Masjid mengucapkan Jazakaallahu Khairan Kathira. Semoga Allah menerima amal soleh kita ini sebagai antara kebajikan yang bermanfaat kepada kita di dunia dan akhirat.

Terima kasih semua. Sedikit coretan menarik sepanjang program Korban Perdana 2010


Kerja-kerja menumbang dan sembelihan korban oleh Al-Fadhil ustaz Abu Talib


Antara yang menarik sekitar Program Korban Perdana 2010


Mesej ringkas dari YB Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat)



Kemeriahan di sekitar lokasi melapah dan ucapan Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua)


Lembu terawal yang ditumbangkan




Mukaddimah baru...


Sdr. Mohamad Jan Sulong Pengarah JPD turut hadir membantu


Kerja-kerja melapah




Pak Asim, orang lama Batu 17 Dusun Tua yang turut hadir menyumbang tenaga, yang mahalnya dia guna Parang panjang menebas yang sangat tajam


Pasukan agihan daging korban, antaranya En. Hanadi Udin


Tenaga muda turut menjamu selera selepas bertungkus-lumus membantu gerak kerja


Pengarah program Imam Abdul Aziz, berhenti makan seketika selepas melalui kesibukan sejak awal pagi lagi...


YB Dr. Che Rosli diiringi Al-Fadhil Tuan Nazir

Sekali lagi terima kasih diucapkan...

Berita Takziah

Lebih kurang jam 7.30 malam Rabu 17hb November 2010 selepas Solat Maghrib pihak Masjid telah mendapat makluman berkenaan kembalinya Bonda tercinta kepada Tuan Haji Fahmi Hasanuddin yang juga merupakan Setiausaha Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua.

Di saat warga Masjid sedang bersiap sedia untuk melaksanakan program Korban Perdana pada Khamis 18hb November 2010, berita sedih ini telah menyusul. Jenazah telah kembali ke Rahmatulah di Hospital Ampang dan telah selamat dikebumikan kira-kira jam 11.00 pagi pada Khamis 18hb November 2010 di saat warga Masjid sedang melaksanakan program Korban Perdana.

Kepada Tuan Haji Fahmi, pihak Masjid mengucapkan takziah dan mendoakan agar diberikan kesabaran dan semoga Ruh Almarhumah dicucuri rahmat Allah dan sudah tentulah Almarhumah sangat beruntung mempunyai anakanda yang soleh yang gigih serta istiqamah mentadbir rumah Allah di Dusun Tua ini.

AL-FATIHAH...

Thursday, November 18, 2010

Sambutan Aidilfitri dan meraikan para bakal Haji Kariah Dusun Tua 1431H/2010

Sekitar majlis sambutan Aidilfitri 1431H/2010 yang diadakan agak lewat namun ianya digabungkan dengan satu majlis lagi iatu meraikan para bakal Haji dari kalangan penduduk Kariah Dusun Tua.

Program turut diserikan dengan beberapa pengisian seperti:

(1) Tazkirah Aidilfitri dan persiapan akhir para bakal Haji oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syukri dari Lembaga Tabung Haji
(2) Ucapan wakil para bakal Haji Kariah Dusun Tua
(3) Sumbangan kepada para bakal Haji oleh Masjid dan JPD Dusun Tua
(4) Ucapan dari Pengarah JPD Dusun Tua
(5) Jamuan Aidilfitri


Sedikit dari ucapan ringkas Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua)



Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syukri dari Lembaga Tabung Haji menyampaikan tazkirahnya


Antara orang-orang kuat dan pimpinan Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua


Ahli jemaah yang hadir


Antara jemaah Muslimah yang hadir


Sedikit pesanan dari Sdr. Mohamad Jan Sulon Pengarah JPD Dusun Tua


Ucapan dari wakil para bakal Haji 2010 Kariah Dusun Tua


Antara bakal Haji yang menerima sumbangan dari pihak Masjid dan JPD Dusun Tua


Sdr. Mohamad Jan Sulong menyampaikan cenderahati kepada AL-Fadhil Ustaz Ahmad Syukri Penceramah Jemputan


Al-Fadhil Tok Empat En. Ghazali Md Sair sedang meraikan tetamu...



Al-Fadhil Tuan Nazir Haji Zainuddin sedang meraikan tetamu jemputan, Al-Fadhil Ustaz, Pengarah JPD dan para bakal Haji


Para Bakal Hajjah...


En. Zaralie Malik antara tenaga dan AJK Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua

Tazkirah Israk Mikraj 2010 07 13 Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Husin al Jo...

Tazkirah Israk Mikraj 2010 07 13 Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Husin al Jo...

Sambutan Israk Mikraj 1431H/2010

Program Israk dan Mikraj tahun 1431H/2010 ini dimeriahkan oleh kehadiran penceramah iaitu Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Husin al Jofree (Pendakwah bebas muda). Kupasan menarik berkaitan isu-isu semasa demi kepentingan Islam telah dibangkit dan peringatkan Al-Fadhil Ustaz untuk kesedaran dan tindakan umat Islam umumnya. Petikan tazkirah Al-Fadhil Ustaz boleh didapati dalam rakaman video pendek yang telah diuploadkan di dalam Youtube.














Para jemaah sedang menikmati jamuan bersama Al-Fadhil Ustaz

Program Maulidurrasul 1431H/201

Sekitar program sambutan Maulidurrasul Masjid dengan pengisian ceramah perdana yang disampaikan Al-Fadhil Ustaz Fairuz Abu Talib (Penceramah jemputan) yang merupakan pensyarah Bahasa Arab di UIAM merangkap anakanda Ustaz Abu Talib (Mantan Imam Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua.

Program turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada tokoh-tokoh Maulidurrasul peringkat Kariah Dusun Tua. Tahniah diucapkan kepada yang terpilih.


Al-Fadhil Ustaz Fairuz Abu Talib


Antara jemaah yang hadir menikmati santapan rohani dari Al-Fadhil Ustaz Fairuz


Pak Ya (En. Abu Shaari Yasin) penerima dari Kampung BAtu 17 Dusun Tua


Antara penerima anugerah Maudlidurrasul calon Muslimah peringkat Qariah Dusun Tua