Buat julung-julung kali sambutan Ma'al Hijrah dengan pengisian ceramah perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syakirin Husin. Alhamdulillah Ustaz Syakirin kiranya sudah memiliki peminatnya tersendiri di masjid ini khasnya berdasarkan kemahiran beliau dalam mengupas isu agama dan dikaitkan dengan perkembangan semasa yang berlegar di peringkat tempatan dan nasional.
Sesekali berjenaka bagi menghidupkan suasana.
Namun Ustaz menyatakan beliau akan menyambung pelajarann ke Yaman pada pertengahan tahun 2010 dan berkongsi projek mendapatkan dana bagi membiayai kos yuran pengajian yang tinggi melalui jualan ikan masin belanak.
Murah, sedap dan ditanggung halalan toyyiban produk muslim.
Jamuan meraikan semua hadirin
No comments:
Post a Comment