Tuesday, April 13, 2010

Sekitar Kuliah Subuh

Salam,

Baru-baru ini sekitar pertengahan Mac yang lalu saya berkesempatan berqiyamulail bersama Sdr Mohd Jan Sulung yang juga merupakan Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN JPD Dusun Tua bersama beberapa orang AJKnya. Menurut beliau ia adalah sebahagian dari pengisian program tarbiah dan rohaniah kepimpinan JPD dan menjadi antara agendanya untuk singgah di masjid-masjid sekitar DUN Dusun Tua untuk berqiyamulail.

Seterusnya turut bersama dalam kuliah subuh masjid ini yang diadakan setiap subuh Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah, kuliah pengajian setakat ini mendapat sambutan yang agak baik namun usaha untuk mempertahankan serta memperkasakan bilangan kehadiran jemaah perlu terus dipergiatkan.

Kehadiran para ulama dan guru-guru berpengalaman yang mengisi kuliah pengajian seharusnya tidak dipandang sepi dan dilepaskan begitu saja curahan ilmu mereka. Semoga usaha ini akan terus diperhebatkan dan kepada kepimpinan masyarakat khasnya di JPD, Parlimen, JKKK dan lain-lain diharap dapat turut membantu usaha ini dan menjadi payung buat rakyat menaungi bukan sekadar memenuhi keperluan kehidupan duniawi bahkan meliputi keperluan ukhrawi.

Alu-aluan oleh Cikgu Hosni...



Kuliah Aqidah dari guru pengajar...


Pengarah JPD dan rakan-rakan AJK...












No comments:

Post a Comment