Program Korban Perdana yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Aziz (Imam III) Masjid berlangsung seawal 7.00 pagi dengan 2 ekor pertema ditumbangkan di perkarangan masjid untuk Aqiqah dan jamuan para petugas.
Kira-kira jam 8.00 pagi gerak kerja menumbang dan melapah lembu telah bermula di lokai yang ditetapkan. sebanyak 19 ekor semuanya telah berjaya ditumbangkan dengan kerjasama semua pihak. Walaupun program dijalankan pada hari bukan cuti umum, namun kehadiran warga Kariah Dusun Tua meliputi Batu 17, 16 dan 15 telah hadir menyempurnakan amanah ini.
Turut memeriahkan program iaitu YB Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) dan Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN JPD Dusun Tua).
Kira-kira jam 12.00 tengah hari para petugas gotong-royong disajikan dengan sup panas dan gulai lemak daging yang sangat membangkitkan selera. Jamuan petugas disediakan oleh pihak Muslimat Masjid yang turut tidak ketinggalan menyumbang tenaga dalam menjayakan program Korban Perdana kali ini. Program selesai kira-kira jam 2.30 petang.
Pada malamnya pula pihak masjid mengadakan tahlil almarhum dan jamuan khas untuk Almarhumah Bonda Setiausaha Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua.
Kepada semua penyumbang material, tenaga dan yang sanggup mengorbankan masa dan cuti kerja serta apa saja dalam menyempurnakan program ini, pihak Masjid mengucapkan Jazakaallahu Khairan Kathira. Semoga Allah menerima amal soleh kita ini sebagai antara kebajikan yang bermanfaat kepada kita di dunia dan akhirat.
Terima kasih semua. Sedikit coretan menarik sepanjang program Korban Perdana 2010
Kerja-kerja menumbang dan sembelihan korban oleh Al-Fadhil ustaz Abu Talib
Antara yang menarik sekitar Program Korban Perdana 2010
Mesej ringkas dari YB Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat)
Kemeriahan di sekitar lokasi melapah dan ucapan Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua)
Lembu terawal yang ditumbangkan
Mukaddimah baru...
Sdr. Mohamad Jan Sulong Pengarah JPD turut hadir membantu
Kerja-kerja melapah
Pak Asim, orang lama Batu 17 Dusun Tua yang turut hadir menyumbang tenaga, yang mahalnya dia guna Parang panjang menebas yang sangat tajam
Pasukan agihan daging korban, antaranya En. Hanadi Udin
Tenaga muda turut menjamu selera selepas bertungkus-lumus membantu gerak kerja
Pengarah program Imam Abdul Aziz, berhenti makan seketika selepas melalui kesibukan sejak awal pagi lagi...
YB Dr. Che Rosli diiringi Al-Fadhil Tuan Nazir
Sekali lagi terima kasih diucapkan...
No comments:
Post a Comment