Sunday, December 19, 2010

Khutbah Jumaat Ustaz Musa Baharuddin

Khutbah Jumaat yang disampaikan Al-Fadhil Ustaz Musa Baharuddin, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau PAID Hulu Langat yang berlangsung pada Jumaat 17hb Disember 2010. Program juga bersempena dengan Program Pemerkasaan Institusi Kekeluargaan anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Parlimen Hulu Langat yang diadakan di sekitar DUN Dusun Tua. Lain-lain program seperti Wacana Ilmu, Forum Perdana di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah Pekan Batu 14, Smart Solat di Masjid Batu 16 Dusun Tua dan Masjid Lubuk Kelubi, Futsal di Taman Desa Sentosa, Konsert Kesenian Islam di Padang Pekan Batu 14 dan banyak lagi.

Khutbah berkisar peringatan semangat Hijrah dan Korban (Eid Adha) yang baru sahaja berlalu dan peringatan tentang perjuangan dan pengorbanan Nabi SAW yang mesti dihayati semua pihak dalam menegakkan Islam dan hukum perundangannya seperti mana yang diusahakan Nabi hingga disambung oleh generasi terkemudian. Namun usaha itu terbantut dan memerlukan kepada lahirnya generasi tulen penyambung risalah perjuangan Nabi SAW.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpulan tersebut Amin.


Video pertama agak kurang stabil






Ustaz Musa Baharuddin


Ustaz Musa diiringi Tuan Nazir Masjid Tuan Haji Ahmad Zainuddin dan Sdr. Abu Bakar Samat dari Kg Padang yang turut hadir

No comments:

Post a Comment