Tuesday, December 7, 2010

Program Gotong Royong Pelajar Tajaan Yayasan Bank Rakyat di Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua Hulu Langat

Sekitar program yang berlangsung pada Sabtu 4hb Disember 2010 yang lalu. Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan turut disertai beberapa orang AJK Masjid dan penduduk sekitar.

Walaupun gerimis turun sepanjang program, namun ianya sikit pun tidak mengganggu para peserta program mencurahkan tenaga mereka membantu pihak Masjid.

Selain itu pihak Yayasan Bank Rakyat turut menyediakan jamuan makan untuk program ini serta beberapa set bantuan untuk penduduk miskin di kawasan sekitar masjid. Juga telah menghadiahkan alat penyeduk hampagas serba guna untuk kegunaan Masjid.

Pihak Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak Yayasan Bank Rakyat dan pelajar tajaannyamemberikan bantuan dan sumbangan kepada pihak kami. Jazakallahu Khairan Kathira.


Tuan Haji Ahmad Zainuddin Salleh, Tuan Nazir Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua


Tuan Haji Fahmi Hasanuddin, Setiausaha Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua


Encik Abdul Ladzim Muhamad Alias, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat


Para pelajar sedang bertungkus-lumus membantu kerja-kerja gotong-royong


Turut serta, Ustazah Sabariah Mat Arif AJK Surau Munawwarah Batu 17


Warga pimpinan masjid, sedang berehat minum pagi


Tuan Haji Ahmad Zainuddin Salleh - Nazir Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua







No comments:

Post a Comment