* Ihsan dari blog JKKK Batu 17 Dusun Tua:
Buat julung-julung kalinya Ahli Kariah Dusun Tua diberikan ruang untuk memilih dan melantik ahli jawatankuasa masjid secara demokrasi, melalui Mesyuarat Agung pemilihan baru-baru ini.
Alhamdulillah setakat yang didengari tiada sebarang masalah besar berlaku. Di Masjid al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua, dari awal sehinggalah ke akhir mesyuarat berjalan penuh ukkhuwwah dan pemilihan dilakukan sangat terbuka dan telus.Mesyuarat dikendalikan oleh pegawai dari JAIS dan dibantu setiausaha dan pemeriksa kira-kira dari Masjid sebagai wakil masjid
Turut mengundi sama, calon Nazir Masjid Dusun Tua yang juga sepakat dipilih ahl-ahli qariah..
Antara calon yang mendapat undi terbanyak dari ahli-ahli qariah, Tuan Haji Ismail Tamsir sebagai calon Imam.
Selamat bertugas kepada semua yang terpilih untuk mengemudi dan mentadbir rumah Allah. Di hadapan menanti cabaran memperbaiki kekurangan masa lepas dan saat merintis tauladan mulia bermula sekarang!
Maksud Firman Allah Ta’ala :
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah, ayat 18)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteIzinkan saya bertanya walau pun telah lama perkara ini berlaku dan diharap tuan berfikiran terbuka dengan soalan saya.
Adakah ajk yang terlantik kali ini dimasjid tuan ini terdiri dari mereka yang umno berpaling tadah dan menjadi pas atau pkr?
atau mereka memang kaki masjid yang meninggalkan parti diluar masjid.