Alhamdulillah, walau agak sederhana sahaja namun inilah sedikit sebanyak ikhtiar awal Biro Pemuda untuk melebarkan usaha dakwah kepada golongan pemuda khasnya di Kampung Dusun Tua ini. Program Diskusi Perdana bersama bekas Vokalis Wings ini dianjurkan oleh Biro Pemuda Masjid bersempena sambutan Hari Belia Negara 15 Mei 2009 yang lalu.
Kehadiran Sdr. MEL dalam program ini rupa-rupanya membekalkan info yang beliau juga merupakan kali pertama menjayakan program seumpama ini. Maknyanya Biro Pemuda merintis usaha dakwah di kalangan penggiat seni yang mula berkecimpung di alam seni dakwah pula.
Paling terima kasih kepada petugas-petugas yang telah menjayakan program ini termasuklah Abg Rahim (SABIL - Darul Hidayah) ini kira orang besi DUN Dusun Tua, tak percaya!? kenal-kenallah dengan manusia yang tidak kenal erti letih dalam meninggikan agama Allah ini walau sekadar melalui sumbangan tenaga empat keratnya. Then tak lupa, Abg Ayem (Ibrahim Osman), Abang Lukman dan juga Ketua Biro Pemuda yang juga tidak kurang hebatnya dalam menggalakkan serta menggerakkan sehingga berjayanya program ini iaitu Kekanda Odeng, (Abg Rosli). Juga kepada semua pihak termasuk AJK Masjid yang diketuai Tuan Nazir yang juga memberikan sokongan padu sehinggalah kepada kelulusan belanjawan program. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.
Mel bersama Wings yang tinggal sebagai sejarah...... suka dan duka.

Apa-apa hal ceramah dulu..... Cerita kisah suka duka perjalan hidup Mel untuk pengajaran dan iktibar anak muda dan ibu bapa.
Tok ketua pun nak bergambar juga.
Vocal masih mantap.

Penuh penghayatan... walaupun sesekali hilang lirik.

Kini hidup lebih tenang dan berjuang untuk memdekatkan anak muda dengan Islam.
Keluarga tersayang pun ada bersama.
Sebahagian yang bersama diperkarangan Masjid Dusun Tua.
Tak lepas peluang bergambar.
Yang lain pun nak tumpang sama.....

Sokongan padu dari teman-teman pemuda.
* Walaupun senyuman tak seceria pasal kemaraan di pertandingan 9 sebelah Pesta Sukan IKBN tersekat dipertengahan jalan. Insya Allah barisan pemain cuba lagi dalam pertandingan yang lain pula.
Posted by JMA@Tekali at 8:33 AM 0 comments
No comments:
Post a Comment