Salam... Tepat jam 5.15 petang bersamaan 19hb Mei 2009 (Khamis) / 24hb Jamadil Awwal 1430H, di kala hujan turun dengan lebat dan angin yang bertiup sangat kencang maka secara rasminya terbinalah blog ini. Boleh jadi ada hikmah di sebalik menunggu hujan berhenti di pejabat. Ilham juga hadir selaras sambutan Hari Belia peringkat Masjid kariah yang akan diadakan 2 minggu dari sekarang pada 31hb Mei 2009 Ahad nanti. Kepada semua warga Kariah Dusun Tua, semoga blog ini bakal menyediakan santapan rohani bermanfaat buat kita semua khasnya untuk pembangunan masjid yang tercinta ini. Semoga kita bertemu lagi dan akan terus memperkasakan pengisian Rumah Allah di Kampung kita ini dan bersama-sama berganding bahu meningkatkan keimanan dan ilmu sesama kita...
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ { 18}
"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat..." (at-Taubah:18)
Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'ad as Sa'idi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat." (HR Imam Ibnu Majah dan Ibn Khuzaimah)


*ahlussufi*
No comments:
Post a Comment